link : Afgan Rai Hari Jadi, Sambut 1 Ramadan di China
Afgan Rai Hari Jadi, Sambut 1 Ramadan di China
Esok, seluruh umat Islam bakal menyambut kedatangan 1 Ramadan dan mula menjalani ibadah puasa selama sebulan.
Bagi penyanyi popular kelahiran Indonesia, Afgansyah Reza, ramadan tahun ini baginya lebih istimewa kerana dia memilih untuk bercuti di samping meraikan hari jadinya yang ke-28 sekaligus berpuasa di negara China.
“Bulan suci Ramadan saya akan berada di luar negara kerana pada 27 haribulan ini saya akan akan menyambut ulangtahun kelahiran saya dan saya ingin meraikannya di luar negara, jadi puasanya di luar negara. Dari tanggal 24 sampai 29 Mei.
“Ini memang masuk ke dalam wishlist saya. Wishlist saya itu ialah ingin ulang tahun di Tembok Besar China. Itu salah satu tempat impian saya,” katanya seperti yang dilaporkan KapanLagi.com.
Dalam pada itu, pelantun lagu Knock Me Out ini berkata tahun ini dia mahu merealisasikan dua lagi azamnya iaitu menjejak ke Mesir untuk melihat piramid dan bercuti di Afrika.
“Tahun ini mahu dua lagi. Mahu ke piramid, Mesir, terus mahu ke Afrika. Dari dulu memang kalau setiap kali lihat gambar dua destinasi ini, saya selalu menyimpan hasrat mahu berkunjung ke sana. Itu resolusi 2017, saya mahu melancong ke lebih banyak negara,” tuturnya.
The post Afgan Rai Hari Jadi, Sambut 1 Ramadan di China appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Afgan Rai Hari Jadi, Sambut 1 Ramadan di China
Anda sekarang membaca artikel Afgan Rai Hari Jadi, Sambut 1 Ramadan di China dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/afgan-rai-hari-jadi-sambut-1-ramadan-di.html