Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul

Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul
link : Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul

Baca juga


Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul


ALOR SETAR, KEDAH - Seorang lelaki yang berusia 30 tahun koma dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar setelah dibelasah oleh sekumpulan lelaki di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Putra kerana didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas di bangunan itu, semalam, lapor Harian Metro.

Keadaan suspek pada ketika ini dipercayai masih kritikal dan telah mendapat rawatan di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di kepala disebabkan insiden yang berlaku itu.

Dalam kejadian 4 petang, lelaki itu dikatakan telah cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut oleh suspek.

Walau bagaimanapun, kejadian berkenaan telah disedari oleh beberapa individu yang berada di luar tandas setelah terdengar jeritan mangsa yang menyebabkan suspek dibawa ke tingkat bawah bangunan itu dan dibelasah oleh sekumpulan lelaki.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar Deputi Superintendan Mohd Redzuan Salleh, suspek telah ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum membawanya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan namun masih dalam siasatan. Kakak lelaki itu membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya pagi tadi manakala wanita yang menjadi mangsa itu sudah membuat laporan di IPD Kota Setar malam tadi yang mendakwa dia dicabul.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul

Sekianlah artikel Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Dipercayai Cuba Mencabul Wanita Kini Koma Akibat Dipukul dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lelaki-dipercayai-cuba-mencabul-wanita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :