Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri

Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri
link : Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri

Baca juga


Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri



PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan tindakan keras terhadap mana-mana pengusaha bas ekspres yang tidak sediakan pemandu kedua sepanjang Ops Selamat sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nadzri Siron berkata, bagi mengurangkan jumlah kemalangan, pihaknya akan mengenakan sekatan pemeriksaan ke atas bas ekspres, terutama sekali bagi memastikan terdapat dua pemandu berada dalam sesebuah bas ekspres.

"JPJ mensyaratkan perlu ada dua pemandu yang boleh memandu secara bergilir sepanjang perjalanan mereka. Ia adalah untuk menjamin keselamatan penumpang agar selamat sampai ke destinasi masing-masing," katanya kepada Oriental Daily.

Menurut Nadzri, JPJ kadang-kala mendapati selepas bas-bas ekspres ini selesai diperiksa, salah seorang daripada dua pemandu akan turun di pertengahan jalan.

"JPJ akan ketatkan penguatkuasaan dengan melakukan sekatan jalan raya secara mengejut ke atas syarikat bas ekspres yang cuba mengambil kesempatan daripada kelonggaran undang-undang.

"Sekiranya kami mendapati hanya ada seorang saja pemandu di dalam perjalanan, bas ekspres berkenaan akan diarahkan berhenti daripada meneruskan perjalanan dan dikenakan notis saman," katanya.

Menurut beliau, Ops Selamat 10 yang dilancarkan pada Tahun Baharu Cina tahun ini telah mencapai hasil yang memuaskan apabila berjaya menurunkan kes kemalangan membabitkan kematian kepada 23 peratus.

Pada tahun lalu, sebanyak 512,466 kes kemalangan dicatatkan sepanjang tahun lalu di seluruh negara dengan jumlah kematian sebanyak 6,674.- Sinar Harian
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri

Sekianlah artikel Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amaran JPJ Menjelang Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/amaran-jpj-menjelang-aidilfitri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :