link : APM Sarawak Terima Lori & Bot Bernilai RM5.9 Juta
APM Sarawak Terima Lori & Bot Bernilai RM5.9 Juta
KUCHING: Operasi bantuan musim bencana di Sarawak terus dinaiktaraf selepas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak menerima kelengkapan baharu hari ini.
APM Sarawak menerima lapan lori lima tan (MAN) dan sebuah bot 'Amphibious Rigid Infaltable' 7.1 Sealegs daripada kerajaan persekutuan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penerimaan jentera baharu itu dapat membantu memperkukuhkan aset APM Sarawak apabila berlaku bencana seperti banjir.
"Selain itu, ianya akan meningkatkan lagi kadar keupayaan dan mobiliti APM di negeri ini dan sekurang-kurangnya dapat membantu operasi," katanya.
Beliau yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan lapan buah lori tersebut bernilai RM5.3 juta.
Manakala, Amphibious Rigid Infaltable Boat 7.1 Sealegs bernilai RM 640,000.
"Saya rasa amat gembira kerana APM Negeri Sarawak telah memperolehi lapan buah lori 5 tan (MAN) serta sebuah Amphibious Rigid Infaltable Boat 7.1 Sealegs.
"Saya mewakili kerajaan Negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Sri Shahidan Kasim,Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia diatas komitmen serta keprihatinan dalam meningkatkan mutu perkhkidmatan kepada rakyat Sarawak khususnya dalam menangani bencana,"katanya. - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel APM Sarawak Terima Lori & Bot Bernilai RM5.9 Juta
Sekianlah artikel APM Sarawak Terima Lori & Bot Bernilai RM5.9 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APM Sarawak Terima Lori & Bot Bernilai RM5.9 Juta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/apm-sarawak-terima-lori-bot-bernilai.html