link : Bangunkan Sektor Gas Asli
Bangunkan Sektor Gas Asli
Kerajaan berharap pemain industri minyak dan gas dapat bekerjasama secara pintar untuk membangunkan sektor gas asli dan tenaga boleh diperbaharui.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini adalah waktu terbaik bagi pemain industri untuk mempromosikan penggunaan gas asli di dalam pasaran baru memandangkan penawaran harga lebih menarik.
Katanya, pemain industri itu juga boleh mengambil kesempatan dengan kemampuan sektor gas asli dengan menyuntik pelaburan di dalam pembangunan infrastruktur.
Beliau berkata, sektor itu turut mampu memberi kesan yang positif dan seimbang bukan saja dari sudut komersial, ekonomi malah menyokong kepada kelestarian alam sekitar.
"Saya percaya syarikat minyak dan gas mampu membangunkan teknologi bagi mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau semasa proses industri dijalankan.
"Ia sejajar dengan langkah kerajaan yang ingin mencapai 45 pengurangan pelepasan gas berkenan menjelang 2030 dan kita berjaya mengurangkannya kepada 33 peratus pada 2013," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) Kali Ke-19 di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama, Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid Al-Falih.
Sementara itu, dalam majlis yang sama, Khalid Al-Falih mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi kemungkinan melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak mentah seperti dipersetujui OPEC dan bukan OPEC pada Disember lalu kepada separuh tahun kedua tahun ini.
Khalid berkata, pihaknya juga sangat yakin lebihan bekalan minyak dunia akan mencapai keseimbangan seperti yang disasarkan dan melaksanakan apa juga langkah yang diperlukan untuk mencapai sasaran itu.-myMetro
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Bangunkan Sektor Gas Asli
Sekianlah artikel Bangunkan Sektor Gas Asli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bangunkan Sektor Gas Asli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bangunkan-sektor-gas-asli.html