Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional?

Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional?
link : Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional?

Baca juga


Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional?



Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam yang kian membebankan boleh menjejaskan sokongan mereka terhadap kerajaan sekarang.

Dengan jumlah 1.6 juta orang, penjawat awam yang membentuk kira-kira 15 peratus pengundi sebelum ini berdiri teguh di belakang Barisan Nasional (BN).

Namun apabila harga barangan semakin meningkat, inflasi mencecah 5.1 peratus pada Mac, sokongan mereka dijangka beralih pada pilihan raya nanti, lapor Reuters.

Kenaikan harga akibat pemotongan subsidi dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sepadan dengan peningkatan gaji mereka.

Gaji sektor swasta negara ini meningkat purata 5.7 peratus antara 2013 hingga 2017 tetapi sektor awam hanya naik 2 hingga 3 peratus dalam tempoh sama.

Kira-kira 60,000 kakitangan awam berdepan risiko muflis akibat gagal membayar tanggungan hutang berlebihan, kata kesatuan sekerja Cuepacs.

Mohd Nizam, 28, yang selama ini menyokong BN tidak bersedia lagi menyatakan sokongan, seperti sekumpulan kakitangan awam yang ditemui Reuters.

“Isteri saya terpaksa buat dua kerja untuk menambah pendapatan tetapi masih belum cukup,” katanya seperti dilaporkan.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk berdepan kos sara hidup jika kami dikurniakan anak.”

Namun, selain memperkenalkan beberapa langkah menangani kenaikan kos hidup, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dijangka akan mengambil kesempatan atas perpecahan pembangkang.

Walau ramai pemerhati politik menjangkakan BN tetap menang, namun pilihan di tangan Najib makin terbatas, termasuk terpaksa menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -MMO
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional?

Sekianlah artikel Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Makin Naik, Penjawat Awam Tolak Barisan Nasional? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/harga-makin-naik-penjawat-awam-tolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :