Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral

Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral
link : Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral

Baca juga


Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral

viral.jpg

HULU SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang pengguna media sosial yang memuat naik video kemalangan di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di laman Facebook, semalam.

Video berdurasi 34 saat itu yang menjadi viral menunjukkan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta PROTON Persona menghimpit sebuah kereta PERODUA Axia di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan yang diterima polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PROTON Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata setakat ini, hanya seorang mangsa tampil membuat laporan berhubung kemalangan terbabit. “Setakat ini, hanya pemandu kereta PROTON Pesona membuat laporan. Pemandu PERODUA Axia berada di Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana masih trauma selepas kejadian itu,” katanya.

Supramaniam berkata, pihak polis masih menyiasat kejadian ini dan berharap tiada spekulasi yang berlaku kerana akan mengganggu siasatan mereka. Kemalangan yang berlaku semalam, menyebabkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.

Bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Sharil disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, kira-kira sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di HSB.

Sumber: Berita Harian

Sumber: sehinggit

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral

Sekianlah artikel Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi Maut Tercampak Polis Kesan Pemilik Video Viral dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bayi-maut-tercampak-polis-kesan-pemilik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :