Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus

Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus
link : Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus

Baca juga


Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus

KUALA TERENGGANU – Enam buah unit kedai dan tujuh buah rumah di Dataran Syahbandar, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Timbalan Penguasa Bomba, Che Shaari Abdullah berkata sehingga kini, ketika berita ini ditulis, kerja-kerja pemadaman api yang bermula pada 9.40 malam, masih berjalan namun keadaan terkawal.

Katanya, lebih daripada 52 anggota bertungkus lumus menghentikan api daripada merebak dan melibatkan lima buah balai termasuk bomba Marang, Jalan Kota dan Kuala Terenganu.

Antara kedai yang terlibat ialah kedai gunting rambut, butik dan kedai perkakas binaan.

“Kebakaran bermula dari kedai dan kami masih buat siasatan lagi…kepantasan api merebak adalah kerana ada sesetengah rumah daripada kayu dan bangunan yang terlalu rapat. Ditambah pula dengan faktor angin yang bertiup di tepi pantai.

Bercakap kepada pemberita di sini, Che Shaari berkata, usaha memadamkan kebakaran yang telah memakan masa lebih daripada dua jam itu tidaklah sukar namun keadaan tekanan air yang rendah membantutkan usaha mereka.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang bergegas ke tempat kejadian berkata, beliau amat terkejut dengan kejadian itu namun tetap bersyukur kerana tiada nyawa terkorban.

“Pihak bomba masih bertungkus lumus memadam kebakaran kerana sehingga kini (12 tengah malam) masih ada lagi 30 peratus api.

“Ada sedikit masalah tekanan air dan kita telah meminta bantuan pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) untuk membantu bagi memastikan api dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Saya ucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat dan kita akan lihat bagaimana kerajaan boleh membantu mereka,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus

Sekianlah artikel Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kebakaran: 6 Buah Kedai, 7 Rumah Hangus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kebakaran-6-buah-kedai-7-rumah-hangus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :