link : Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini
Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini
SEOUL: Bekas pemimpin Korea Selatan, Park Geun-hye, dijangka hadir di mahkamah hari ini, bagi menghadapi tuduhan rasuah dalam skandal yang menyebabkan penyingkiran beliau daripada jawatannya.
Geun-hye berdepan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan menerima rasuah daripada beberapa ahli perniagaan.
Bagaimanapun, Geun-hye menafikan tuduhan itu dan dijangka mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan berkenaan.
Perbicaraan itu berlangsung dalam tempoh dua minggu selepas pilihan raya presiden diadakan dan Moon Jae-in dipilih sebagai presiden baharu Korea Selatan.
Sebelum ini, Jae-in berjanji untuk bertindak tegas terhadap ahli perniagaan atau chaebol yang melakukan jenayah dan melantik penyiasat berpengalaman untuk mengetuai pejabat pendakwaan kes bekas pemimpin itu.
Geun-hye dijangka tiba di Mahkamah Daerah Tengah Seoul pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan) bersama rakannya yang dituduh bersubahat dalam kes itu, Choi Soon-sil.
Soon-sil turut menolak tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beliau. Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini
Sekianlah artikel Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye Dibicara Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bekas-presiden-korea-selatan-park-geun.html