link : Bersihkah Selimut, Bantal Dalam Pesawat?
Bersihkah Selimut, Bantal Dalam Pesawat?
Penumpang, terutama yang menaiki penerbangan jarak jauh sering menikmati tidur yang panjang.
Disebabkan suhu yang agak sejuk dalam pesawat, syarikat-syarikat penerbangan telah menyediakan selimut dan bantal tambahan untuk keselesaan penumpang.
Tetapi, timbul tanda tanya adakah selimut dan bantal itu terjamin kebersihannya? Adakah ia benar-benar dibasuh selepas setiap penerbangan?
"Sudah tentu semua selimut dan bantal yang telah digunakan akan dikutip selepas setiap penerbangan dan ia akan dibersihkan," kata Sandra Kraft dari syarikat penerbangan Lufthansa.
Penumpang diberi jaminan bahawa selimut bersih dan baharu diberikan kepada mereka apabila ia dibungkus dalam beg plastik dan diletakkan di tempat duduk mereka.
Selimut-selimut juga dipungut selepas setiap penerbangan Condor dan dibersihkan di pusat dobi yang besar.
Dan seorang jurucakap syarikat penerbangan berkata, sarung bantal itu adalah pakai buang dan tidak digunakan semula selepas penerbangan.
Dan bilakah selimut dan bantal ini akan dilupuskan?
Di Condor, bantal dalam Kelas Ekonomi diberi sarung yang baharu kira-kira 65 kali sebelum ia kotor atau digunakan.
Syarikat penerbangan itu secara purata menggunakan selimut sebanyak 24 kali. Selepas itu ia akan dikitar semula dan digunakan sebagai bahan penebat. -dpa
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Bersihkah Selimut, Bantal Dalam Pesawat?
Sekianlah artikel Bersihkah Selimut, Bantal Dalam Pesawat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bersihkah Selimut, Bantal Dalam Pesawat? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/bersihkah-selimut-bantal-dalam-pesawat.html