Biarlah Ben Askren bersara...

Biarlah Ben Askren bersara... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biarlah Ben Askren bersara..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biarlah Ben Askren bersara...
link : Biarlah Ben Askren bersara...

Baca juga


Biarlah Ben Askren bersara...

“TIADA kepentingan bagi saya jika dia mahu bersara sekiranya tewas.”

Begitulah kata-kata atlet Mixed Martial Arts (MMA) Agilan Thani berhubung kenyataan juara dunia ONE Welterweight, Ben Askren, yang mahu bersara sekiranya tewas di kejohanan One Championship: Dynasty of Heroes di Singapura, Sabtu ini.

Askren membuat kenyataan itu dalam video di Facebook One Championship, 17 Mei lalu.

Agilan berjata, dia enggan membiarkan kenyataan Ben itu mengganggu fokusnya dalam siri kejohanan terbabit.

Tambah atlet berusia 21 tahun ini, dia tidak gentar malah teruja mempamerkan kebolehannya menentang juara dunia terbabit yang memegang rekod tanpa kalah 15-0.

“Bagi kejohanan kali ini, saya melipat gandakan usaha saya dan berlatih bersungguh-sungguh tapi yang pasti, saya mahu mendapatkan rehat yang cukup untuk mengumpul semula tenaga sebelum kejohanan berlangsung,” katanya ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Selain itu, Agilan yang memegang rekod tanpa kalah 7-0 dalam siri kejohanan One Championship berharap penyertaannya dalam sukan ini dapat membuka mata rakyat Malaysia untuk terlibat dalam sukan MMA ini.

“Sebenarnya sukan ini dapat melatih kekuatan fizikal dan mental kita. Saya harap lebih ramai penyertaan daripada rakyat Malaysia dalam sukan ini,” katanya.

Agilan dijadualkan menentang Askren bagi kategori Welterweight World Championship di Singapura, Sabtu ini.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Biarlah Ben Askren bersara...

Sekianlah artikel Biarlah Ben Askren bersara... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biarlah Ben Askren bersara... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/biarlah-ben-askren-bersara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :