link : Burung Pun Jadi Mangsa Manusia Seludup Dadah
Burung Pun Jadi Mangsa Manusia Seludup Dadah
DEK kerana sikap tamak manusia, seekor burung merpati menjadi mangsa apabila ‘ditahan’ kerana cuba menyeludup dadah di Kuwait, baru-baru ini.
Al Arabiya melaporkan, pegawai kastam Kuwait telah merampas 178 pil dadah yang dibawa oleh burung merpati itu dalam sebuah beg kecil.
Pegawai di jabatan itu telah berjaya menjejak burung merpati yang datang dari Iraq itu dan menangkapnya di sebuah bangunan berdekatan dengan bangunan kastam.
Sumber berkata, inspektor di sempadan mula mengesan merpati itu bertenggek di atas sebuah kenderaan berat.
Ketika ditemui, ia kelihatan sukar bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.
Apabila didekati, pegawai mendapati terdapat satu beg diikat yang dipenuhi dengan pil dipercayai dadah pada badan burung terbabit menggunakan tali.
Burung itu kemudiannya telah dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengenalpasti pemilik.
Merpati jenis Homing itu pada dulunya memang terkenal sebagai penghantar mesej dan boleh bergerak sejauh 160km. -MYNEWSHUB.CC
Video dibawah sekadar hiasan.
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Burung Pun Jadi Mangsa Manusia Seludup Dadah
Anda sekarang membaca artikel Burung Pun Jadi Mangsa Manusia Seludup Dadah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/burung-pun-jadi-mangsa-manusia-seludup.html