link : Kelantan bawa pemain import baharu
Kelantan bawa pemain import baharu
SHAH ALAM - Pasukan Kelantan akan memperkuatkan barisan serangan dengan membawa pemain baharu dari Liga Kuwait selewat-lewatnya esok.
Pemain terbabit difahamkan adalah Patrick Fabiano, 29, yang berasal dari Sao Poulo, Brazil.
Penaja utama skuad Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau secara peribadi telah menelefon pemain terbabit semalam dengan dia menyatakan kesediaannya membantu kelantan bagi mengharungi baki perlawanan liga musim ini.
"Dia merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Kuwait dan beraksi di posisi penyerang yang ditinggalkan oleh Mohammed Ghaddar sebelum ini.
"Kemasukkan nanti secara langsung mampu berganding bersama Abou Bakar Al-Mel atau Bako yang ketika ini diletakkan sebagai pemain tengah," katanya ketika ditemui pemberita di sini sebentar tadi.
Menurut beliau, perbincangan mengenai pemain itu akan dilakukan bersama pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
"Sekiranya, KAFA bersetuju pemain import itu akan sampai ke negara ini, esok," jelasnya. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel Kelantan bawa pemain import baharu
Sekianlah artikel Kelantan bawa pemain import baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kelantan bawa pemain import baharu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kelantan-bawa-pemain-import-baharu.html