Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla

Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla
link : Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla

Baca juga


Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Xpax, jenama prabayar utama Celcom Axiata Bhd, kini memperkenalkan pek hiburan baharu,Video Walla dan Music Walla kepada pelanggannya yang menjadi peminat hiburan muzik dan video.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan, Azwan Khan Osman Khan berkata, pengenalan Music Walla dan Video Walla menunjukkan komitmen syarikat untuk terus menawarkan hiburan digital terbaru dan terbaik melalui konten muzik dan video kepada pelanggannya, yang disokong rangkaian evolusi jangka panjang sepantas kilat Celcom.

"Video Walla dan Music Walla itu akan memastikan pelanggan mendapat hiburan terbaik tanpa bimbang kehabisan kuota data," katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin.

Azwan Khan berkata, pelanggan boleh stream muzik tanpa had di Music Walla pada harga berpatutan dengan langganan RM1 seminggu dan RM3 sebulan.

Peminat hiburan video boleh menikmati Video Walla dengan RM1 sehari untuk 1GB video dan RM7 seminggu untuk 10GB.

Sementara itu, Zalman Aefendy berkata, Music Walla menawarkan konten daripada platform streaming muzik popular dan lebih 30 stesen radio tempatan.

Pelanggan Video Walla boleh menikmati hiburan daripada Youtube, iflix, Netflix dan lain-lain, katanya.

-- Bernama

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla

Sekianlah artikel Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Celcom Lancar Pek Hiburan Baharu, Walla dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/celcom-lancar-pek-hiburan-baharu-walla.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :