Cuba fahami kehendak isteri

Cuba fahami kehendak isteri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cuba fahami kehendak isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cuba fahami kehendak isteri
link : Cuba fahami kehendak isteri

Baca juga


Cuba fahami kehendak isteri

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz tidak sabar menimang cahaya mata sulungnya selepas mendirikan rumah tangga dengan Bella Astil­lah pada September tahun lalu.

Aliff berkata, pengalaman apabila isterinya mula disahkan hamil amat mematangkannya dalam menjalani fasa baru kehidupan sebagai suami.

Menurutnya, pada awal kandungan, Bella mengidam dan ia kadang-kadang membuatkannya bingung dengan permintaan isteri.

“Namun, saya berusaha mengurus semuanya dengan teliti dan cuba memahami kehendak Bella. Maklumlah, perempuan mengandung kadang-kadang emosinya tidak menentu,” katanya.

Aliff berkata, dia dan Bella kini membuat persiapan rapi bagi menyambut kelahiran bayi mereka itu.

“Kami sudah menetapkan tempat Bella akan bersalin nanti. Apa yang penting mereka selamat dan sihat,” katanya ketika ditemui di Karnival HyppTV Sensasi di pusat beli-belah Imago, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Ia bagi mempromosikan drama terbaru lakonannya Di Sebalik Wajah yang mula ditayangkan menerusi saluran 116 HyppTV sejak 1 Mei lalu.

Drama genre ‘psiko thriller’ itu menggandingkan Aliff dengan Diana Danielle dan Hefny Sahad.

Sementara itu, bercerita mengenai wataknya dalam drama berkenaan, Aliff berkata, dia menghargai kepercayaan penerbit yang memberikan watak utama sebagai Amir Hisyam.

Katanya, dia dan Diana tiada masalah mendapatkan keserasian sebagai pasangan suami isteri dalam drama itu walaupun pertama kali digandingkan.

Menurutnya, Diana sangat profesional dan saling membantu di lokasi penggambaran.

“Saya berharap sangat drama ini akan mendapat sambutan penonton,” katanya.

Aliff berkata, dia bersyukur kerana peminat kini lebih memberi perhatian kepada perkembangan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Dia yang popular dengan lagu Sandar Padaku berduet dengan Mira Filzah juga akan terus aktif dalam bidang nyanyian walaupun sudah bergelar bapa nanti.

“Saya akan terus meneroka bidang lakonan dan pada masa sama tetap terbabit dalam bidang nyanyian. Saya berharap peminat dapat menilai bakat menerusi produk drama seperti ini,” katanya.

The post Cuba fahami kehendak isteri appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cuba fahami kehendak isteri

Sekianlah artikel Cuba fahami kehendak isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cuba fahami kehendak isteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/cuba-fahami-kehendak-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :