SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA

SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA
link : SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA

Baca juga


SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA

Ketika aku di Haadyai, Thailand aku dimaklumkan oleh bell boy hotel tempat aku menginap yang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ada di bandar itu kerana mengadakan pertemuan dengan beratus bekas anggota komunis PKM yang datang dari Kuala Lumpur.

Sebenarnya darah aku menyirap ketika itu, bukan sebab apa, aku cukup geram dengan bekas-bekas komunis ini yang masih menyanjungi bos mereka itu walaupun mereka semua sudah menyatakan persetujuan untuk meletakkan senjata dan tidak lagi meneruskan perjuangan bersenjata terhadap kerajaan.

Terus-terang, aku dari dulu nak sangat jumpa Chin Peng, lelaki yang bertanggung jawab di atas pembunuhan ramai rakyat negara ini dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera.

Lebih daripada itu, aku nak sangat bertemu lelaki yang cukup dibenci oleh arwah bapa aku, dulu arwah sering beritahu betapa beliau tidak sabar untuk memuntahkan peluru ke tubuh Chin Peng setiap kali bertempur di dalam hutan.

Arwah bapa aku adalah bekas pegawai waran dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Untuk rekod, dari tahun 1948 hingga 1960, komunis dibawah kepimpinan Chin Peng telah membunuh 18,000 nyawa mereka yang tidak berdosa, enam puluh peratus daripadanya adalah orang awam.

Kini peluang tersebut ada di dapan mata, namun hati aku berbelah-bagi, aku teringin nak jumpa Chin Peng tapi pada masa yang sama aku sangat benci mendengar namanya, apatah lagi untuk melihat wajahnya.

Tetapi aku nekad…setelah mendapatkan sedikit ‘detail’ dari bell boy tersebut, aku dan rakanku, Nazir pergi ke Hotel Lee Garden.

Setibanya kami di sana, aku sangat terkejut kerana begitu ramai anggota bekas komunis dari Malaysia ada di lobi hotel berkenaan, semuanya kerana nak jumpa ‘sifu’ mereka, Chin Peng.

Actually aku difahamkan ada majlis makan malam sebelum itu di antara Chin Peng dan pengikutnya bagi mengenang kembali perjanjian damai yang mereka tandatangani antara PKM dan kerajaan Malaysia, patutlah ramai.

Tidak lama kemudian aku terlihat susuk seorang lelaki tua yang macam aku kenal sedang berjalan ke arah kami, then kesemuanya yang ada kat lobi itu terus mengerumuninya.

” Alamak, inilah Chin Peng!,” tiba-tiba perkataan itu terkeluar dari mulut aku.

Jantung aku terus berdebar kencang…dalam hati berkata, inilah musuh nombor satu negara rupanya. Kemudian entah macam mana aku juga boleh automatik meluru ke arahnya.

Chin Peng terus menghulur tangannya untuk bersalam dengan aku. Terus terang aku cakap kat korang, inilah saat yang paling dramatik dalam hidup aku. Memang, aku rasa macam tak sanggup nak salam dengan dia.

Masa tulah aku terbayang visual kekejaman komunis yang membunuh ramai orang tidak berdosa, seperti mana yang terjadi dalam serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dulu, bapak dibunuh, ibu dibakar, anak diseksa, ya Allah tak dapat aku bayangkan betapa tidak berhati perutnya komunis ketika itu.

Namun aku sedar, sebagai orang Melayu, adalah satu perbuatan yang kurang ajar jika menolak salam seseorang.

Lalu salamnya pun aku sahut, terasa panas tapak tangannya, sepanas darah yang mengalir di tubuh insan-insan tidak berdosa yang pernah menjadi mangsa kekejaman dia dan pengikutnya.

Lepas tu datang pula Abdullah C.D, pemimpin komunis Melayu…dia juga sudah tua dan agar uzur.

Sekali lagi aku bersalam dengan dia dan konco-konconya.

Bila aku renung kembali gambar kenangan antara aku, Chin Peng dan Abdullah CD malam tadi, ingatan aku terus kepada arwah abah. Aku rasa arwah kalau hidup juga mungkin tak sangka, dia yang bersusah payah memburu Chin Peng, anak dia yang sorang ni leh senang-senang je ambil gambar berdua hehehehe.

Yang pasti aku tidak pernah langsung bangga dapat bergambar dengan Chin Peng mahupun Abdullah CD…tapi itulah….semua dah jadi sejarah.

Dan sejarah jugalah yang akan menghakimi perbuatan mereka berdua selama ini. Wallahualam.

NOTA: Chin Peng disahkan mati pada 16 September 2013 di Bangkok, Thailand dalam usia 90 tahun. Ironinya, dia mati pada tarikh yang sama Malaysia dibentuk.

(petikan dari buku NO PC, NO JOLOK terbitan Thukul Cetak)

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA

Sekianlah artikel SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEKETIKA BERSAMA CHIN PENG, BEKAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/seketika-bersama-chin-peng-bekas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :