link : Didik patuh peraturan jalan raya
Didik patuh peraturan jalan raya
SEJUMLAH 37 saman dikeluarkan dalam Op Didik yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor serta Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16, Shah Alam, hari ini.
Ketua JSPT Selangor Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, dalam operasi dari 7 hingga 8 pagi itu, 40 motosikal membabitkan 50 pelajar diperiksa.
"Semua pelajar berkenaan berusia antara 15 hingga 17 tahun.
"Dalam operasi itu kita mengeluarkan 37 saman atas kesalahan tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan tidak mempunyai cermin sisi," katanya.
Menurutnya, operasi itu akan diadakan secara berkala bagi tujuan mendidik pelajar yang tidak mengikut peraturan jalan raya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Didik patuh peraturan jalan raya
Anda sekarang membaca artikel Didik patuh peraturan jalan raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/didik-patuh-peraturan-jalan-raya.html