Doktor Cun Tolong Mat Rempit

Doktor Cun Tolong Mat Rempit - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doktor Cun Tolong Mat Rempit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doktor Cun Tolong Mat Rempit
link : Doktor Cun Tolong Mat Rempit

Baca juga


Doktor Cun Tolong Mat Rempit

loading…
loading…
Doktor Cun Tolong Mat Rempit

PETALING JAYA: Mat rempit sememangnya ‘jaguh’ ketika beraksi di jalan raya, namun mereka juga manusia biasa dan wajar dibantu apabila terbabit dalam kemalangan.
Seorang doktor wanita telah membuktikannya, apabila beliau sanggup memberhentikan keretanya untuk memberi bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal yang tersadai di tepi jalan akibat kemalangan.
Selain dipuji atas keprihatinannya, doktor berkenaan, yang dilihat muda dan cantik turut mendapat perhatian netizen kerana beliau yang berbangsa Cina telah tampil membantu pemuda Melayu itu.
Kisah doktor wanita ini mula menjadi tular apabila rakan mangsa, Muhammad Aizuddin yang berada di tempat kejadian memuat naik posting penghargaan untuk doktor berkenaan, Selasa.
“‘Respect’ kat amoi ni. Walaupun dia tau kami mat rempit, dia berhenti tolong sebab dia doktor. Aku suruh dia gerak dia cakap ‘tak apa, saya tunggu ambulans sampai’.
“Kau carilah dia bila kau dah sihat. Dialah yang suruh aku beli air gula, dialah yang siram luka kau. ‘Gentle’ gua respect,” tulisnya di Facebook.
Walaupun doktor tersebut ‘dihujani’ pujian kerana menunaikan tanggungjawabnya tanpa mengira bangsa dan agama, berlainan pula dengan Muhammad Aizuddin yang dikecam sebahagian netizen.
Mereka mendakwa posting tersebut berbaur perkauman dan beliau turut dituduh sebagai seorang mat rempit yang sengaja memuat naik posting yang sanggup memburukkan bangsa sendiri semata-mata mahu menjadikan posting itu tular.
Dikecam sedemikian, Muhammad Aizuddin pun tampil membuat posting balas.
“Kepada akak-akak dan abang-abang yang cakap saya main isu perkauman tu, first of all saya memang mat rempit, kedua saya tak main isu perkauman pun. Saya cuma nak selidik jika doktor Melayu apa respon,” tulisnya.
Beliau turut meminta maaf jika postingnya itu membuatkan ada pihak yang tersalah tafsir atau terasa hati.
Apa yang pasti, tindakan profesional doktor wanita itu yang tidak memilih-memilih dalam menghulurkan bantuan wajar dicontohi semua rakyat Malaysia.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Doktor Cun Tolong Mat Rempit appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Doktor Cun Tolong Mat Rempit

Sekianlah artikel Doktor Cun Tolong Mat Rempit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Doktor Cun Tolong Mat Rempit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/doktor-cun-tolong-mat-rempit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :