Wanita mati ditetak di bilik hotel

Wanita mati ditetak di bilik hotel - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita mati ditetak di bilik hotel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita mati ditetak di bilik hotel
link : Wanita mati ditetak di bilik hotel

Baca juga


Wanita mati ditetak di bilik hotel

Seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan  kesan tetakan pada kepala di atas katil bilik hotel di Pekan Batu 11, Balakong, Kajang dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisiten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis menerima maklumat daripada pihak hotel itu mengenai pelanggan yang tidak mendaftar keluar selepas pukul 12 tengah hari tadi sebelum pasukan polis membuka pintu bilik lalu menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

“Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan yang mula mendaftar masuk ke hotel itu sejak Ahad lepas mengalami kecederaan akibat tetakan di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bangsa dan identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, polis sedang mengenalpasti identiti suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Ahmad Dzaffir berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

The post Wanita mati ditetak di bilik hotel appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wanita mati ditetak di bilik hotel

Sekianlah artikel Wanita mati ditetak di bilik hotel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita mati ditetak di bilik hotel dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/wanita-mati-ditetak-di-bilik-hotel.html

Subscribe to receive free email updates: