link : DRB-Hicom dijangka buat pengumuman penting hari ini
DRB-Hicom dijangka buat pengumuman penting hari ini
KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd dijangka membuat pengumuman tengah hari ini dan meminta sahamnya di Bursa Malaysia Securities digantung bermula 9 pagi tadi.
Konglomerat itu berkata, Bursa Malaysia sudah meluluskan permintaan supaya dagangan sahamnya digantung. DRB-Hicom ketika ini menilai pembida untuk menjadi rakan strategik asing (FSP) anak Syarikat milik penuhnya, Proton Holdings Bhd.
Ia sebelum ini berkata, kumpulan akan dapat memuktamadkan pencarian sebelum separuh pertama tahun ini.
Pencarian FSP adalah komponen penting pemulihan Proton dan menjadikannya sebuah pengeluar kereta berdaya saing.
Dua pengeluar kereta global, Geely dari China dan PSA dari Perancis antara syarikat yang disebut-sebut sebagai pilihan utama FSP Proton.
Kaunter DRB-Hicom ditutup satu sen lebih rendah pada RM1.68 semalam.-BHOnline
Demikianlah Artikel DRB-Hicom dijangka buat pengumuman penting hari ini
Sekianlah artikel DRB-Hicom dijangka buat pengumuman penting hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DRB-Hicom dijangka buat pengumuman penting hari ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/drb-hicom-dijangka-buat-pengumuman_24.html