link : 1.2 Juta Penduduk Selangor Tidak Bayar Zakat
1.2 Juta Penduduk Selangor Tidak Bayar Zakat
Pembayaran zakat kini lebih mudah menerusi kaunter zakat bergerak. (Gambar: zakatselangor)
Hampir 70 peratus daripada penduduk negeri Selangor dilaporkan gagal membayar zakat iaitu 1.2 juta daripada 1.5 juta penduduk di negeri Selangor. Jumlah tersebut terdiri daripada mereka yang telah mempunyai kerja tetap dan berumur 21 sehingga 30 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor, Hussin Mohd Alia berkata, masih ramai yang merasakan mereka belum layak membayar zakat walaupun sebenarnya mereka telah cukup syarat mengikut Islam.
“Jumlah pembayar zakat di Selangor masih rendah kerana terdapat segelintir daripada mereka membayarnya di negeri lain. Ramai juga penduduk negeri ini yang membayar zakat di negeri kelahiran mereka apabila pulang berhari raya,” katanya selepas merasmikan Program Agihan Bantuan Ramadan dan Hari Raya 2017 di Masjid Darul Ehsan di sini, hari ini.
Menurutnya, generasi muda kini kurang kesedaran mengenai membudayakan zakat sebagai salah satu ibadah yang penting.
“Golongan asnaf meningkat dari tahun ke tahun dan saya berharap jumlah kutipan juga meningkat. Saya berharap, rakyat negeri ini mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk menunaikan zakat supaya bantuan kepada 46,046 keluarga asnaf di negeri ini dapat disalurkan,” katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 1.2 Juta Penduduk Selangor Tidak Bayar Zakat
Anda sekarang membaca artikel 1.2 Juta Penduduk Selangor Tidak Bayar Zakat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/12-juta-penduduk-selangor-tidak-bayar.html