link : Dua Bulan Tak Jumpa Anak, Waris Takut Anak Tak Kenal
Dua Bulan Tak Jumpa Anak, Waris Takut Anak Tak Kenal
Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias mengakui sukar untuk berjauhan dengan putera sulungnya, Muddassir Muzzammil yang kini berusia lapan bulan.
Katanya, perasaannya bercampur baur apabila terpaksa berpisah dengan anaknya selama dua bulan kerana menjalani penggambaran sebuah rancangan hiburan berbentuk travelog baru-baru ini.
“Dua bulan tidak jumpa anak membuatkan saya resah, perasan rindu itu lain macam. Sebab saya ‘tinggalkannya’ waktu masih kecil. Takut dia tidak kenal saya.
“Penggambaran program tersebut dilakukan Februari lalu ke beberapa negara Asean.
“Bila jadi bapa barulah saya faham bagaimana perasaan rindu bila tidak jumpa anak,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran album keduanya, W.A.R.I.S Alumni terbitan Mixology Music.
Berkongsi mengenai penghasilan album tersebut dengan lebih lanjut, Waris sejujurnya mahu dedikasi album tersebut kepada beberapa insan instimewa dalam hidupnya.
“Terima kasih juga buat semua yang terlibat di dalam penghasilan album ini.
“Muziknya lebih kurang sama dengan album sulung. Cuma pembaharuan itu boleh dilihat dari segi komposisi selain apresiasi terhadap insan istimewa di hati saya juga.
“Misalnya untuk lagu Tepuk, saya hasilkan ia khas untuk anak. Sementara single Cara Lama juga saya hadiahkan buat isteri tercinta.
Tiga tahun lalu, Waris mulai meraih perhatian pencinta muzik menerusi album sulungnya yang berjudul Rembau Most Wanted.
Terdahulu, waris dan pasangannya, Izzati Amirah Kamaruddin mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 lalu.
The post Dua Bulan Tak Jumpa Anak, Waris Takut Anak Tak Kenal appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Dua Bulan Tak Jumpa Anak, Waris Takut Anak Tak Kenal
Anda sekarang membaca artikel Dua Bulan Tak Jumpa Anak, Waris Takut Anak Tak Kenal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dua-bulan-tak-jumpa-anak-waris-takut.html