Dua Sahabat Ke Tali Gantung

Dua Sahabat Ke Tali Gantung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Sahabat Ke Tali Gantung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Sahabat Ke Tali Gantung
link : Dua Sahabat Ke Tali Gantung

Baca juga


Dua Sahabat Ke Tali Gantung


TAIPING: Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini selepas didapati bersalah kerana mengedar ganja tiga tahun lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan, membuat keputusan itu terhadap kontraktor, V Nadarajan dan pekerja kilang, R Vikneswaran, kedua-duanya berusia 30 tahun. 

Katanya, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. 

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengedar ganja seberat 2.928 kilogram di kawasan letak kereta pasar raya TF Value Mart, Jalan Lintang, Sungai Siput, kira-kira jam 7.20 malam, pada 14 Januari 2014. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azrul Faidz, manakala Nadarajan diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan Vikneswaran diwakili P Ravi. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dua Sahabat Ke Tali Gantung

Sekianlah artikel Dua Sahabat Ke Tali Gantung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Sahabat Ke Tali Gantung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dua-sahabat-ke-tali-gantung.html

Subscribe to receive free email updates: