link : #DUNSarawak: Hospital Lawas Dibina Dalam Tempoh 3 Tahun
#DUNSarawak: Hospital Lawas Dibina Dalam Tempoh 3 Tahun
KUCHING: Pembinaan Hospital Lawas dijangka mengambil masa 36 bulan untuk disiapkan.
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapaee bagaimanapun berkata, tarikh siap projek ini akan bergantung kepada kelancaran urusan perolehan tender.
Menurutnya, tender untuk Fasa 2B projek hospital tersebut dibuka pada 4 Mei lepas dan akan ditutup 1 Ogos.
"Setakat ini, hanya 12.3 peratus daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM228,162 digunakan.
"Projek ini melibatkan Fasa 1 dengan kos RM2.4 juta, Fasa 2A dengan kos RM25.6 juta dan Fasa 2B dengan kos RM200.1 juta.
"Fasa 1 dan Fasa 2A telah siap sepenuhnya manakala proses tender bagi Fasa 2B sedang dalam pelaksanaan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Baru Bian (PKR-Ba'Kelalan) mengenai pembinaan Hospital Lawas.
Menjawab pertanyaan Mohd Chee Kadir (BN-Kabong) mengenai Klinik Kesihatan Nyabor yang semakin usang, Dr Annuar berkata, kerajaan belum ada perancangan untuk membina klinik baharu untuk menggantikan Klinik Kesihatan (KK) Nyabor sedia ada.
"KK Nyabor ini memberi perkhidmatan kepada seramai 5,027 orang.
"Walaubagaimanapun, klinik ini disenaraikan dibawah KRA 2 Pelan Transformasi Luar Bandar Negeri Sarawak tahun 2017 untuk dibaikpulih menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru bersama Akademi Binaan Malaysia dengan kos anggaran RM95,000," ujarnya.
Menurutnya lagi, peruntukan RM35,000 diluluskan untuk pembinaan KK Jenis 4 dengan Kuarters Daro dan kini masih dalam peringkat perancangan serta rekabentuk di bawah JKR Sarawak.-Sarawakiana
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Hospital Lawas Dibina Dalam Tempoh 3 Tahun
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Hospital Lawas Dibina Dalam Tempoh 3 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Hospital Lawas Dibina Dalam Tempoh 3 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-hospital-lawas-dibina-dalam.html