#DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing

#DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing
link : #DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing

Baca juga


#DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing


KUCHING: Sektor Pertanian merupakan tunjang pembangunan sosio ekonomi rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Safiee Ahmad (BN – Daro) menyokong jika sektor pertanian diberikan perhatian yang serius khususnya oleh Jabatan Pertanian.

“Jabatan Pertanian perlu memberi keutamaan kepada projek pertanian yang lebih berdaya saing, bukan sahaja yang mampu meningkatkan pendapatan para petani tetapi dapat membantu meningkatkan pengeluaran hasil-hasil petani yang berasaskan makanan (Food Basket) di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

Menurutnya, kebanyakan projek pertanian yang telah dicadangkan oleh Jabatan Pertanian di kawasan tersebut lebih kepada penanaman rumbia yang kurang memberi impak kepada pembangunan sosio ekonomi kepada rakyat.

“Ini kerana kerana ianya memakan masa yang lama serta berdasarkan pengalaman yang lepas telah menunjukkan projek ini kurang berjaya untuk dilaksanakan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pelaksanaan projek tersebut lebih kepada mengambil kira senang untuk dilaksanakan berbanding impaknya kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk.

“Oleh itu, saya menyeru kepada Jabatan Pertanian termasuk agensi yang berkaitan dengan pertanian supaya lebih bersikap proaktif, kreatif serta bersungguh –sungguh dalam melaksanakan projek pertanian.

“Dengan cara ini sahajalah kita dapat membantu memajukan rakyat di luar bandar yang bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian supaya ianya dapat dikomersialkan buka sekadar hanya cukup makan,” katanya. – Sarawakiana

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing

Sekianlah artikel #DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Bangunkan Pertanian Berdaya Saing dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-bangunkan-pertanian-berdaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :