Kisah bergambar Search

Kisah bergambar Search - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah bergambar Search, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah bergambar Search
link : Kisah bergambar Search

Baca juga


Kisah bergambar Search

Selama 36 tahun mengabdikan diri dalam dunia muzik rock, siapa sangka Search memiliki 1001 cerita yang tidak diketahui ramai.

Andai ada, hanya kalangan peminat tegar sahaja dan selebihnya disimpan rapi dalam poket memori anggota Search sendiri.

Namun melalui buku biografi bergambar sulung Search: Phenomena of Rock n Roll, kumpulan rock legenda ini berharap peminat generasi muda terutamanya, dapat belajar sesuatu daripada pengalaman yang dikongsikan di dalam buku itu.

Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berkata, niat menghasilkan buku sudah lama tersimpan cuma memikirkan perlu mencari masa sesuai.

Katanya, ramai penerbit mahu membukukan kisah mereka sejak 10 tahun lalu tetapi mereka berpendapat perlu bertahun-tahun lagi untuk bercerita mengenai kisah mereka dalam buku.

“Apabila sudah 36 tahun dalam industri, rasanya sudah tiba masa sesuai. Cabaran menghasilkan buku ini adalah memilih gambar lama yang sesuai untuk memaparkan sejarah awal Search.

“Apa pun kami tidak mempunyai masalah mendapatkan gambar kerana mempunyai sumber yang pelbagai. Namun begitu, ada gambar yang diperoleh dari simpanan peminat disalin ke bentuk digital tetapi mempunyai saiz ‘pixel’ kecil. Apabila disunting ia membuatkan fizikal gambar ‘pecah’ dan tidak sesuai untuk dicetak.

“Ada juga gambar dari simpanan peribadi anggota Search yang tersimpan sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bergelar bintang rock,” katanya.

Cabaran lain, kata Amy, daripada Search sendiri kerana sangat cerewet dari segi pengisian bahan di dalam buku itu. Apatah lagi ia projek pertama mereka bersama penerbit buku tempatan, DuBook Press.

“Ini projek pertama kami bersama mereka, memang kami agak cerewet. Setiap gambar yang dimasukkan dan penerangan serta trivia dimasukkan, kami mahu ia bersifat kasual,” katanya.

Amy akui buku ini bersifat istimewa untuk generasi baru supaya tahu bagaimana mereka bertahan selama ini.

Walaupun isi kandungan adalah gambar dan maklumat asas, ia boleh menjadi rujukan yang indah buat generasi muda.

Tanpa berselindung, Amy akui gembira dengan hasil akhir buku itu dan tidak menolak kemungkinan untuk melancarkan buku biografi setiap anggota Search pula.

“Untuk buku seterusnya, mungkin kami akan mengeluarkan biografi penuh dan lebih tebal berbanding ini. Mungkin juga setiap ahli Search ada buku biografi sendiri,” katanya.

Buku biografi Search: Phenomena Of Rock N Roll tulisan Riadz Radzi itu mengandungi 152 halaman menceritakan secara ringkas perjalanan Search sejak mula berhijrah ke Kuala Lumpur hingga kini dijual pada harga RM99. Ia dilancarkan Sabtu lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Search yang bertemu peminat pada hari itu turut diwakili Kid (Hamzah Mohd Taib), Din (Nordin Taib) dan Nasir (Nasir Daud).

Bagi Nasir, buku pertama mereka itu mungkin bukan pelengkap Search untuk bercerita mengenai seluruh hidup mereka tetapi ia mempunyai banyak momen kejayaan Search.

“Kebanyakannya dari kosong sehinggalah Search hari ini. Satu hari nanti, kami akan keluarkan biografi dalam bentuk ‘hard cover’ pula,” katanya.

Mengenai gambar yang paling memberi kesan, Nasir mendedahkan gambar ketika mereka baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru.

Selain itu, Nasir juga tidak menolak idea untuk memuatkan rakaman video persembahan terawal mereka ke bentuk cakera padat video (VCD) di dalam biografi penuh mereka pada masa akan datang.

Kata Nasir, generasi sekarang lebih gemar dan mudah memahami sesuatu kisah melalui penerangan bergambar.

“Kami pasti generasi baru akan lebih menghargainya,” katanya.

Proses menyiapkan buku daripada pencarian, pengumpulan dan penulisan bahan bermula sejak Disember tahun lalu dan siap sepenuhnya dengan 2,000 cetakan terawal pada awal minggu lalu.

The post Kisah bergambar Search appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kisah bergambar Search

Sekianlah artikel Kisah bergambar Search kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah bergambar Search dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kisah-bergambar-search.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :