#DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan

#DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan
link : #DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan

Baca juga


#DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan



KUCHING: Pembangunan infrastruktur komunikasi di Sarawak telah diperkukuhkan melalui pembentukan Jawatankuasa Kabinet untuk transformasi luar bandar yang ditubuhkan pada 2016.

Menteri Elektrik Luar Bandar dan Bekalan Air, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerajaan negeri juga komited untuk memulakan pembangunan ekonomi digital dengan peruntukkan RM1 juta untuk membina infrastruktur komunikasi dalam memastikan peningkatan kelajuan internet di negeri ini.

“Ini membuktikan Ketua Menteri begitu serius untuk meningkatkan taraf ekonomi negeri melalui pembangunan ekonomi digital di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18 hari ini.

Sementara itu, untuk makluman Chukpai Ugon (BN-Murum), Rundi berkata, terdapat 10 menara komunikasi sedang beroperasi di kawasan DUN Murum dan 1 menara komunikasi yang masih dalam proses memasang peralatan selular di Murum.

“Proses pemasangan peralatan selular tersebut dijangka siap pada suku keempat 2017.

“Manakala sebanyak 5 menara komunikasi sedia ada telah dinaiktaraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G dan 6 menara lagi akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G/4G di kawasan DUN Murum yang dijangka siap pada suku pertama 2018,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengkaji kesesuaian lokasi dan mempertimbangkan pembinaan menara telekomunikasi di Lusong Laku, Jelalong dan Unau pada masa akan datang. - Sarawkiana
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel #DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan

Sekianlah artikel #DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak : Infrastruktur Komunikasi Sarawak Terus Dimantapkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-infrastruktur-komunikasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :