link : #DUNSarawak: Paulus Gumbang Dilantik Pengerusi BNBBC Sarawak
#DUNSarawak: Paulus Gumbang Dilantik Pengerusi BNBBC Sarawak
PETRA JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak yang baru.
Paulus mengantikan Abdullah Saidol yang melepaskan jawatan tersebut berikutan perlantikannya sebagai Menteri Muda Ehwal Korporat.
Perlantikan tersebut diumumkan Abdullah pada sidang media di Komplek Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Menurutnya, BNBBC terdiri dari 43 keahlian dan 12 Ahli Jawatankuasa berperanan menangani maklum balas berkaitan isu yang dibangkitkan rakyat dan menjelaskan berkaitan polisi kerajaan.
Beliau yang juga ADUN Semop memberitahu, selain kerapkali menerima kunjungan BNBBC dari negeri lain di Malaysia, BNBBC juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial yang dianjurkan Dewan Undangan Negeri.
Mengulas lanjut, Abdullah yang menjawat jawatan tersebut sejak Oktober 2011 berkata, peranan BNBBC kali ini akan lebih prominen, tersusun dan sesuai dengan keperluan rakyat.
"Adalah tidak benar BNBBC hanya tukang angguk, sebaliknya ianya juga berperanan membangkitkan isu-isu utama yang sering dibangkitkan rakyat seperti rundingan dengan Petronas, aotonomi dan beberapa isu utama," katanya. - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Paulus Gumbang Dilantik Pengerusi BNBBC Sarawak
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Paulus Gumbang Dilantik Pengerusi BNBBC Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Paulus Gumbang Dilantik Pengerusi BNBBC Sarawak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-paulus-gumbang-dilantik.html