link : #DUNSarawak: Pemaju Perlu Lebih Bertanggungjawab
#DUNSarawak: Pemaju Perlu Lebih Bertanggungjawab
KUCHING: Pemaju yang menjalankan sebarang projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong perlu lebih bertanggungjawab dengan mengutamakan kesejahteraan penduduk setempat.
Fazzrudin Abdul Rahman (BN-Tupong) berkata, ini kerana ada antara pemaju tidak mengutamakan faktor keselamatan dengan membiarkan jalan raya kotor selain mengakibatkan parit sedia ada melimpah.
Menurutnya, keadaan ini menyebabkan ada kalangan kawasan di DUN Tupong mengalami banjir kilat sekaligus menyusahkan penduduk setempat.
"Saya memohon kepada pemaju supaya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan projek di DUN Tupong.
"Pemaju juga perlu buat parit dahulu sebelum memulakan projek supaya tidak membebankan parit sedia ada sehingga menyebabkan banjir kilat," katanya pada sidang media di Kompleks DUN hari ini.
Fazzrudin berkata, DUN Tupong menggabungkan kawasan bandar dan luar bandar yang memerlukan setiap perancangan dijalankan secara rapi.
"Masalah kesejahteraan rakyat di kawasan ini kerap berlaku terutama banjir kilat yang disebabkan pembangunan pesat," ujarnya.
Beliau turut berharap agar Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan membuat penguatkuasaan secara lebih efektif untuk memastikan pemaju mematuhi peraturan ditetapkan.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #DUNSarawak: Pemaju Perlu Lebih Bertanggungjawab
Sekianlah artikel #DUNSarawak: Pemaju Perlu Lebih Bertanggungjawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #DUNSarawak: Pemaju Perlu Lebih Bertanggungjawab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dunsarawak-pemaju-perlu-lebih.html