link : Batu Puteh: Malaysia Tunggu Jawapan Balas Singapura
Batu Puteh: Malaysia Tunggu Jawapan Balas Singapura
PUTRAJAYA: Malaysia sedang menunggu jawapan balas dari Singapura berhubung permohonan semakan semula oleh Malaysia terhadap penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata Singapura dijangka mengemukakan jawapan balas sebelum 14 Jun ini dan Malaysia akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan itu.
"Ketika ini, seramai lima penyelidik kita berada di London yang melakukan kerja (penyelidikan) setiap hari.
"(Penyelidikan) belum habis lagi kerana beribu dokumen untuk dilihat dalam arkib dan mereka masih melakukannya ketika ini," katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan Mesyuarat Pegawai Undang-Undang Kanan ASEAN (ASLOM) Ke-17 di sini, hari ini.
Pada Februari lalu, Malaysia mengemukakan semakan semula terhadap penghakiman ICJ berhubung kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.
ICJ memutuskan kedaulatan Batu Puteh yang terletak di perairan luar pantai Johor adalah milik Singapura dengan keputusan majoriti 12:4, manakala Batuan Tengah pula diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1.
Bagi Tubir Selatan, hak kedaulatannya akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Sementara itu, Mohamed Apandi berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka melengkapkan siasatan terhadap aliran wang dari SRC International ke akaun Perdana Menteri dalam masa sebulan.
Mohamed Apandi sebelum ini dilaporkan berkata, mengarahkan SPRM melengkapkan siasatan kes berkenaan. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Batu Puteh: Malaysia Tunggu Jawapan Balas Singapura
Sekianlah artikel Batu Puteh: Malaysia Tunggu Jawapan Balas Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Batu Puteh: Malaysia Tunggu Jawapan Balas Singapura dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/batu-puteh-malaysia-tunggu-jawapan.html