Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan

Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan
link : Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan

Baca juga


Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan

KUALA LUMPUR: Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Seri Kembangan, di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Lee Wai Leong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kesemua suspek memakai topi keledar bertutup penuh dan dua daripada mereka bersenjatakan pistol sewaktu melakukan rompakan.

Menurutnya, ketika kejadian seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.

"Seorang suspek telah mengacukan pistol kepada pengawal keselamatan premis berkenaan menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Suspek lain pula bertindak memecahkan meja pameran dan melarikan barang kemas," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Wai Leong berkata setakat ini pihaknya belum dapat memastikan kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.

"Kejadian ini kali pertama berlaku di kedai tersebut walaupun ia telah lama beroperasi di pusat membeli belah itu," katanya.

Beliau berkata nilai kerugian belum dapat ditafsirkan dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan menerusi Ops Tutup dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan

Sekianlah artikel Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat lelaki samun kedai emas di Seri Kembangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/empat-lelaki-samun-kedai-emas-di-seri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :