Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki

Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki
link : Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki

Baca juga


Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki

Seorang gadis ditampar dan ditendang teman lelakinya hanya kerana bertanyakan mengenai mesej yang dihantar wanita tidak dikenali kepada lelaki tersebut, Ahad lalu.

Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang gadis ditampar dan ditendang teman lelakinya hanya kerana bertanyakan mengenai mesej yang dihantar wanita tidak dikenali kepada lelaki tersebut, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa berusia 18 tahun yang tinggal di sebuah flat di bandar raya di sini, datang ke rumah sewa teman lelakinya, 20-an, di Gong Badak, Kuala Nerus, semata-mata hendak bertanya mengenai wanita dan mesej dihantar.
Menurut sumber, setibanya di rumah sewa itu, mangsa terus mengamuk dengan memaksa suspek berterus terang kerana terlalu cemburu selepas terbaca mesej yang dihantar di dalam telefon bimbit teman lelakinya sebelum itu.
“Disebabkan terlalu mendesak, teman lelaki mangsa naik angin sebelum memaki hamunnya dan kemarahannya terus memuncak apabila gadis itu seolah-olah masih tidak berpuas hati serta terus memaksa agar dia berterus terang.
“Suspek yang tidak dapat menahan kesabaran itu terus menampar pipi mangsa beberapa kali dengan kuat selain turut menendang paha sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang mengalami kecederaan sakit-sakit dan calar di bahagian muka, leher dan paha tidak berpuas hati sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.-Sinar Harian
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki

Sekianlah artikel Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gadis Ditampar Dan Ditendang Oleh Teman Lelaki dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/gadis-ditampar-dan-ditendang-oleh-teman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :