link : Dayang Tunggu Lirik Daripada Rakyat Malaysia
Dayang Tunggu Lirik Daripada Rakyat Malaysia
Penyanyi bersuara emas, Dayang Nurfaizah, teruja menantikan idea dan kreativiti daripada rakyat Malaysia untuk menyumbangkan lirik lagu Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017.
Dayang ketika ditemui pada pelancaran produk SkinIdea, berkata, dia sudah pun mendengar melodi lagu tersebut yang merupakan hasil gubahan pengarah muzik dan komposer terkenal, Datuk Ramli MS.
“Tema lagu ini, bangkit semangat iaitu seiring dengan tema Sukan SEA kali ini. Tajuk lagunya belum ada tapi saya sudah dengar melodinya, hasil ciptaan Datuk Ramli MS. Rentak lagu ini tidaklah terlalu upbeat tapi lebih kepada sebuah lagu inspirasi.
“Selepas berbincang dengan Datuk Ramli juga pasukan yang terlibat dengan kempen untuk lagu ini akhirnya kami sepakat untuk membuka peluang kepada rakyat Malaysia turut sama terlibat dalam penghasilan lagu ini.
“Saya pun belum dimaklumkan bila lagu ini akan dirakamkan tapi sekarang ini kita masih menantikan idea dan sumbangan lirik daripada rakyat Malaysia. Kita mahu rakyat Malaysia juga turut serta dan sama-sama merasai kehangatan Sukan Sea yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.
Pernah memenangi anugerah dalam kerjaya seninya, Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowt, 35, merupakan penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak yang terkenal dengan lagu seperti Di Pintu Syurga dan Erti Hidup.
Dalam pada itu, pelantun lagu hit Lelaki Terangung ini meluahkan rasa berasa bertuah dan bangga kerana dipilih dan diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tema temasya sukan tersebut.
“Ini pertama kali saya menyanyikan lagu untuk temasya sukan. Saya rasa bertuah dapat turut sama terlibat dalam kempen ini dan bangga kerana sebagai rakyat Malaysia, saya anggap adalah salah satu sumbangan saya kepada negara,” tutur Dayang.
Temasya Sukan SEA akan berlangsung mulai 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September depan.
The post Dayang Tunggu Lirik Daripada Rakyat Malaysia appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Dayang Tunggu Lirik Daripada Rakyat Malaysia
Anda sekarang membaca artikel Dayang Tunggu Lirik Daripada Rakyat Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dayang-tunggu-lirik-daripada-rakyat.html