link : Gaji Dipotong Jika Gagal Ikuti Siaran Berita
Gaji Dipotong Jika Gagal Ikuti Siaran Berita
BEIJING: Sebuah syarikat farmaseutikal swasta di Zhengzhou, wilayah Henan mewajibkan kakitangannya mengikuti siaran berita semasa di televisyen pada tengah hari dan akan memotong gaji mereka jika gagal berbuat demikian.
Menurut laporan portal Hnr.cn yang dipetik oleh akhbar South China Morning Post, gaji setiap kali kakitangan syarikat tersebut akan dipotong sebanyak 100 yuan (RM63) jika gagal mengikuti siaran berita berkenaan.
Syarikat Qinyang turut mengambil kedatangan kakitangan terbabit selain mengkehendaki mereka memberi ulasan terhadap berita berkenaan, melalui peraturan yang berkuat kuasa awal bulan ini.
Berdasarkan kenyataannya, syarikat tersebut melaksanakan peraturan itu dengan alasan, mengikuti siaran berita setiap hari penting kepada kakitangannya bagi membolehkan mereka seiring dengan perkembangan semasa di negara ini.
Ini kerana peluang perniagaan termasuk polisi terbaharu kerajaan berhubung industri perubatan akan disiarkan dalam slot berita di stesen televisyen rasmi kerajaan.
“Kita terlepas peluang untuk melabur di Xiongan New Area dan jika kita tidak mengikuti perkembangan semasa dengan menonton program berita maka kita akan terlepas semua yang berlaku di dunia,” ujar kenyataan itu.
Pada 1 April lalu, stesen televisyen negara CCTV membuat liputan tentang pengumuman kerajaan untuk membina kawasan metropolis antarabangsa di tiga daerah di utara wilayah Hebei.
Xiongan New Area meliputi seluas 2,000 kilometer persegi iaitu tiga kali saiz kawasan New York atau Singapura dengan jumlah pelaburan yang mencecah 2.4 trilion yuan (RM13.5 bilion).- Utusan Malaysia
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Gaji Dipotong Jika Gagal Ikuti Siaran Berita
Sekianlah artikel Gaji Dipotong Jika Gagal Ikuti Siaran Berita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gaji Dipotong Jika Gagal Ikuti Siaran Berita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/gaji-dipotong-jika-gagal-ikuti-siaran.html