link : Gadis Hidap Barah Terima 33,000 Kad Ucapan
Gadis Hidap Barah Terima 33,000 Kad Ucapan
GADIS ini, Sabine Wortelboer, 15, menghidap barah otak dan keadaannya semakin serius apabila imbasan MRI yang dijalankan di hospital mendapati ketumbuhan di otaknya semakin membesar.
Disebabkan keadaan itu, Sabine, yang berasal dari Belanda, telah menghentikan semua rawatan kerana ia didapati tidak berkesan lagi.
“Saya amat berharap agar orang ramai, untuk kali terakhir, dapat menghantar kad ucapan kepada saya,’’ katanya ketika menulis di dalam Facebook dan Sabine turut menyertakan sekali alamat rumahnya.
Tanpa diduga, Sabine telah menerima kira-kira 33,000 kad daripada orang ramai yang mendoakan kesejahteraannya.
Kad berkenaan dihantar oleh jabatan pos dan mereka terpaksa menubuhkan unit khas untuk mengendalikan kad-kad berkenaan yang dihantar dari seluruh dunia.
Menurut ibu Sabine, Algemeen Dagblad, dia percaya anaknya itu tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup malah remaja berkenaan menghabiskan masa dengan tidur.
“Dia bukan dalam kesakitan apabila terjaga, dia sangat tabah,’’ katanya.
Sabine menjadi perhatian apabila abangnya yang juga seorang penyampat TV, Sol dan keluarga mereka telah memulakan kempen memungut derma bagi membiayai rawatan khas gadis itu di Amerika Syarikat.
Sabine kemudiannya ke Houston untuk bertemu pakar di sana namun rawatan itu tidak berkesan barah berkenaan kembali merebak.
Sementara itu, Sabine dalam tulisan terakhirnya menulis : “Saya rasa ini adalah masa untuk saya ucapkan selamat tinggal. Terima kasih atas semua yang anda lakukan untuk saya’’. - MD
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Gadis Hidap Barah Terima 33,000 Kad Ucapan
Sekianlah artikel Gadis Hidap Barah Terima 33,000 Kad Ucapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gadis Hidap Barah Terima 33,000 Kad Ucapan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/gadis-hidap-barah-terima-33000-kad.html