Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah

Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah
link : Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah

Baca juga


Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menggalakkan pelangggannya menggunakan sistem dalam talian mereka, JPJ ID Portal bagi mengurangkan risiko berlakunya unsur rasuah.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah, Isma Suhaimi Shariff, meskipun penggunaan sistem transaksi dalam talian itu semakin mendapat perhatian awam sejak diperkenalkan oleh Ibu Pejabat JPJ pada 15 Mei lalu, ia masih belum meluas seperti yang diharapkan.

“Apabila transaksi di kaunter berkurangan seperti pembaharuan lesen, permit atau cukai jalan, ia merendahkan risiko berhubung penyalahgunaan kuasa sebab kita percaya ia lebih telus kerana pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu,” katanya di majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Pelancaran No Gift Policy JPJ Kedah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad dan Ketua Bahagian Penguat Kuasa, JPJ Kedah, Jamaludin Sharif.

Katanya, pada masa akan datang, sistem tersebut akan dinaik taraf dengan semua urusan yang dilakukan secara dalam talian akan dihantar terus kepada pengguna menggunakan kurier dengan harga yang ditetapkan.

“Buat masa sekarang, pengguna yang menggunakan sistem talian untuk memperbaharui lesen, cukai boleh mengambil transaksi tersebut di kaunter khas di mana-mana cawangan JPJ” jelasnya.

Dalam pada itu, seramai 150 anggota JPJ pelbagai pangkat dan bahagian dari semua cawangan yang mewakili keseluruhan 565 anggota JPJ di Kedah berikrar dan menandatangani IBR sebagai tanda komitmen menjauhkan diri dari daripada perlakuan rasuah.

“Selepas ini, saya akan galakkan semua ketua cawangan untuk melakukan ikrar ini di tempat masing-masing bagi meyakinkan pihak awam bahawa JPJ sangat komited dalam memerangi rasuah memandangkan jabatan ini adalah antara yang paling berisiko.

“Sebab itu saya menekankan dasar tanpa hadiah di mana semua pegawai di bawah saya perlu mengisytiharkan hadiah yang diterima mereka. Kita tidak mahu mana-mana pihak memberi hadiah secara individu yang seterusnya memberi persepsi negatif ke atas jabatan ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah

Sekianlah artikel Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/galak-pelanggan-guna-sistem-jpj-id.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :