link : Geely bersedia ambil alih Proton, kata sumber
Geely bersedia ambil alih Proton, kata sumber
BEIJING: Kumpulan Zhejiang Geely, yang memiliki Geely Automobile di Hong Kong dan juga Volvo di Sweden, dikatakan akan membeli 49% saham Proton, syarikat yang juga memiliki pembuat kereta Britain, Lotus.
DRB-Hicom tidak dapat dihubungi untuk reaksi. Syarikat itu bagaimanapun menggantung sahamnya sehingga pengumuman rasmi dibuat.
Proton diasaskan pada 1983 oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menerima suntikan dana kerajaan sebanyak RM1.5 bilion tahun lalu dengan syarat ia berusaha mencatatkan keuntungan dan mendapatkan rakan kongsi asing.
Beberapa pihak yang berminat memiliki Proton termasuk PSA dari Perancis yang merupakan pengeluar Peugeot dan Citroen, penyaingnya Renault dan Suzuki Motors dari Jepun.
Ketua Pegawai Eksekutif PSA Carlos Tavares yang sebelum ini menyifatkan Proton sesuai dengan syarikatnya tidak menjawab panggilan.
Proton menggunakan jenama luar untuk dijual dalam pasaran tempatan, tetapi kualitinya merudum sejak beberapa tahun ini.
Syarikat itu mempunyai 2 kilang yang mampu mengeluarkan 400,000 unit, tetapi kini beroperasi di bawah tahap maksima.
Pada 2007, keengganan kerajaan menyerahkan Proton kepada syarikat asing menggagalkan rancangannya mendapatkan rakan kongsi.
Pelaburan Geely akan membantu jualan Proton di luar Malaysia dan meraih balik pasaran dunia yang pernah dimilikinya, sumber yang mengetahui proses pengambil alihan Proton memberitahu Reuters pada Februari.
Dengan menawarkan teknologinya, Geely berharap dapat membantu jualan kereta Proton di pasaran yang menggunakan pemanduan kanan seperti United Kingdom, India dan Australia.
Kejayaan model pertengahan Geely seperti GC9 dan Boyue membantu meningkatkan jualan jenama itu di China sebanyak 50% tahun lalu, kepada 765,851 unit kenderaan. - Reuters/FMT
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Geely bersedia ambil alih Proton, kata sumber
Sekianlah artikel Geely bersedia ambil alih Proton, kata sumber kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Geely bersedia ambil alih Proton, kata sumber dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/geely-bersedia-ambil-alih-proton-kata.html