The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan

The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan
link : The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan

Baca juga


The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan

SERDANG: Kita biasa mendengar penganjuran acara marathon, namun marathon bersama haiwan peliharaan mungkin jarang didengar.

Pagi tadi bertempat di Stadium UPM, Serdang, acara larian Powercat The Meow Fun Run 2017 diadakan bagi pecinta haiwan berbulu berkaki empat itu.

Acara terbahagi kepada dua kategori, larian 5 km secara solo dan larian 1.5 km bersama kucing kesayangan.

Jika acara larian 5 km berjaya mengumpulkan kira-kira 700 peserta, larian bersama kucing berjaya menarik perhatian kira-kira 20 pemilik kucing.

Biarpun jumlah itu dilihat sedikit, namun bagi penganjur iaitu majalah Hai Meow dan barangan kelengkapan kucing Powercat , ia dianggap satu kejayaan memandangkan pertama kali diadakan.

"Kami baru pertama kali mengadakan acara larian seperti ini, jadi kami tidak tahu apa yang boleh dijangkakan.

"Kalau jumlah peserta ramai, agak risau juga bagaimana keadaannya nanti. Jadi apabila bilangan sedikit, keadaan agak terkawal dan kami boleh belajar sedikit sebanyak untuk menguruskan acara seperti ini di masa hadapan," kata Adnan Hassan, mewakili pihak penganjur.

Antara kucing-kucing yang berjaya menamatkan larian, bersama medal dan sijil masing-masing.
Acara yang sama sedang dirancang untuk diadakan di Johor Bahru, tidak lama lagi, dengan sasaran penyertaan yang lebih ramai.

Acara sedemikian, kata Adnan, adalah berobjektifkan gaya hidup sihat untuk kucing dan pemiliknya.

"Ramai orang tidak tahu, kucing juga perlu bersenam. Jadi acara sebegini mendorong kucing dan pemiliknya untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif, selain membantu merapatkan hubungan kucing dan pemiliknya," tambah Adnan.

Beberapa booth turut dibuka, antaranya booth pusat perlindungan kucing Sollu Shelter, klinik haiwan I-Vet dan pusat penempatan cat boarding Cat Zonia.

Turut sama hadir memeriahkan majlis adalah penghias kulit majalah Hai Meow edisi Mei, pelakon Johan Asari.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan

Sekianlah artikel The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel The Meow Fun Run beri ruang untuk kucing 'bermarathon' dengan tuan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/the-meow-fun-run-beri-ruang-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :