Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR...

Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR...
link : Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR...

Baca juga


Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR...

Gempar habis di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Shah Alam selepas Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunostiba dengan bas membawa 'pengundi hantu'.

Gimik tersebut dibuat ketika menghantar memorandum bantahan terhadap senarai nama pengundi ragu yang didaftarkan di dalam DUN Sekinchan.

Jamal mendakwa ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim 'mengangkut' sejumlah pengundi hantu bagi memastikan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ujarnya, beliau mempunyai bukti yang mengaitkan Suee Lim menggunakan taktik berkenaan pada PRU kali ini selepas tiga penggal memegang kawasan tersebut.

“Hari ini saya membawa bukti yang mana YB Ng Suee Lim telah pun memindahkan hampir 1,800 (pengundi) untuk PRU yang ke-14 ni, pada PRU13 telah pun mendapat majoriti 2,200 dan beliau tidak yakin lagi dan tambah lagi 800 hingga 'que' yang keempat tahun lepas.

“Dan untuk 'que' yang pertama tahun ini dan juga tahun kedua, saya juga mendapat maklumat ribuan lagi pengundi-pengundi cina dan melayu mereka dah pindahkan ke kawasan saya di Sungai Besar, DUN Sungai Panjang dan yang paling banyak saya lihat paling ramai adalah di DUN Sekinchan,” katanya kepada pemberita.

Jamal kemudian menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Penolong Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri.

Memorandum bantahan itu diserahkan bersama gimik puluhan ‘pengundi hantu’ dibawa beliau, sebagai sindiran kepada Suee Lim.

Sebelum ini, Suee Lim mendakwa Jamal membawa masuk kira-kira 1,200 ‘pengundi hantu’ untuk mengundi di Sekinchan pada PRU akan datang.

Namun, perkara itu dinafikan Jamal sendiri pada hari ini dengan menganggap dakwaan Suee Lim itu bertujuan mahu memburukkan beliau dan juga Barisan Nasional (BN) bagi mencetuskan kekeliruan rakyat di kawasan itu.

“Beliau mengambil kesempatan daripada persepsi memburukkan Barisan Nasional (BN) dan SPR ini dan beliau mengambil kesempatan memindahkan ribuan penduduk daripada Puchong, Kepong, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang, nama-nama ini dipindahkan ke DUN Sekinchan.

“Saya melihat beliau menuduh saya memindahkan pengundi-pengundi untuk mengalahkan beliau tetapi sebenarnya apa yang dikatakan itu hanyalah untuk menutup dan mengaburi mata masyarakat seolah-olah apa yang beliau lakukan itu, saya yang buat,” ujarnya lagi.


Demikianlah Artikel Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR...

Sekianlah artikel Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gemparrr Bebbbb!!!! Jamal bawa 'hantu' ke pejabat SPR... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/gemparrr-bebbbb-jamal-bawa-hantu-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :