Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam

Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam
link : Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam

Baca juga


Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam

SHAH ALAM: Seorang penganalisis hari ini meluahkan rasa sangsinya terhadap komitmen Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga calon perdana menteri pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad, terhadap memartabatkan Islam.

Mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebut Dr Mahathir dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penghalang pelaksaan pentadbiran Islam di Kelantan dan Terengganu, Datuk Aidit Ghazali menegaskan, kedua-dua tokoh itu kini memimpin parti yang menghalang Islam.

Berbanding dahulu, apabila mereka menerajui Barisan Nasional (BN), sebuah parti yang tidak menghalang Islam, ujarnya.

"Saya rasa sangsi sekiranya Mahathir menjadi perdana menteri tentang komitmennya terhadap Islam.

"Tetapi sekarang kita lihat dia dalam satu gabungan yang lain. Gabungan DAP dilihat bukan sebagai Pro-Islam, PKR juga bukan pejuang Islam dan PAN (Amanah)  juga memperjuangkan liberal Islam.

"Tambahan pula, PPBM juga bukan ditubuhkan dengan agenda Islam, sebaliknya ditubuhkan dengan agenda untuk menjatuhkan BN.

Tambah beliau lagi, Tun Mahathir juga dilihat tidak mampu melaksanakan fahaman Islam kerana sebelum memimpin PH, beliau juga tidak menerapkan fahaman Islam dengan penuh walaupun di dalam BN tidak ada parti yang menentang Islam.

"Kalau kita lihat semasa di bawah BN, yang mana tiada parti yang melawan Islam, hanya setakat itu dibuat. Bagaimana pula dengan gabungan yang sekarang?

Mengulas kenyataan parti PAS pimpinan Abdul Hadi untuk bergabung dengan BN, Aidit berpendapat BN merupakan satu-satunya parti yang bersedia untuk sama-sama memperjuangkan Islam.

Katanya, PH tidak menampakkan perjuangan Islam sebagai satu perkara yang penting dalam manifesto mereka.

"Saya rasa Ustaz Hadi ada hak untuk mengatakan mereka bersedia untuk mengadakan gabungan dan pada ketika ini saya melihat parti yang bersedia untuk memperjuangkan Islam hanya BN.

"Saya tidak nampak PH meletakkan perjuangan Islam sebagai satu agenda yang penting.


Demikianlah Artikel Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam

Sekianlah artikel Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganalisis sangsi komitmen Mahathir memartabat Islam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/penganalisis-sangsi-komitmen-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :