link : Goyang 'Tarian Pedang' Trump curi perhatian di Riyadh
Goyang 'Tarian Pedang' Trump curi perhatian di Riyadh
Tarian Pedang merupakan sebahagian daripada acara sambutan kunjungan Trump dan keluarganya ke negara itu oleh keluarga diraja Arab Saudi.
Turut menyertai tarian keraian itu adalah Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson dan Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross.Namun tarian yang dipamerkan tidaklah berlebihan, hanya sedikit 'goyangan' ke kiri dan ke kanan seperti yang dipamerkan video berikut.
Biarpun dilanda pelbagai kontroversi, kehadiran Trump dialu-alukan di Arab Saudi, namun dia dilihat mengalami kesukaran untuk keluar dari kekalutan yang melanda, susulan pemecatan Pengarah FBI, James Comey.
Perjanjian bernilai AS$110 bilion, di mana Arab Saudi antara lain akan membantu tentera AS dalam usaha memerangi pengaruh Iran, dengan nilai yang mungkin meningkat sehingga AS$350 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang, merupakan kejayaan terbesar yang dicapai Trump dan delegasinya pada hari pertama kunjungan ke Arab Saudi.
Pun begitu, situasi politik di AS yang masih huru-hara terus menjadi tajuk utama media di AS, sekaligus membayangi kunjungan antarabangsanya sebagai Presiden.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Goyang 'Tarian Pedang' Trump curi perhatian di Riyadh
Anda sekarang membaca artikel Goyang 'Tarian Pedang' Trump curi perhatian di Riyadh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/goyang-tarian-pedang-trump-curi.html