Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS

Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS
link : Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS

Baca juga


Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS


KOTA KEMUNING: Undang-undang yang mewajibkan industri pembinaan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan digubal tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam tempoh dua minggu mengenai perkara itu.

Katanya, IBS adalah teknik pembinaan membabitkan komponen dikeluarkan dalam persekitaran terkawal, sama ada di tapak pembinaan atau di luar tapak pembinaan, sebelum ditempatkan dan dikumpulkan menjadi kerja pembinaan.

"IBS boleh selesaikan banyak masalah bukan setakat masalah bising, pencemaran, lalu lintas di kawasan berhampiran tapak pembinaan, malah lebih penting mengurangkan kemasukan pekerja asing dalam tempoh jangka panjang.

"Ia sekali gus membuka lebih banyak peluang kerja kepada masyarakat tempatan, selain mengurangkan aliran keluar mata wang negara, " katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Kemahiran Belia Akademi Latihan Terowong (TTA) MMC Gamuda di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, hanya dengan mandatori mengikut undang-undang sahaja akan memastikan penggiat industri pembinaan menggunakan IBS dalam projek pembangunan masing-masing.

"Saya cadangkan tiga tahun dari sekarang iaitu satu jangka masa sesuai supaya penggiat industri dalam bidang ini benar-benar bersedia dengan IBS, " katanya.

Katanya, inisiatif Gamuda yang mewujudkan kilang IBS bagi memastikan projek pembinaan lebih teratur, cekap dan berkesan dari segi penggunaan tenaga kerja tempatan perlu dicontohi semua pihak. BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS

Sekianlah artikel Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gubal Undang-Undang Wajibkan Guna IBS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/gubal-undang-undang-wajibkan-guna-ibs.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :