link : Hanya Perlis boleh tanam harumanis
Hanya Perlis boleh tanam harumanis
KELAZATAN isi harumanis menyebabkan ia diburu ramai penggemar mangga sehingga melonjakkan harganya mencecah RM40 sekilogram.
Sumber: kosmo
ARAU – Kerajaan negeri Perlis tidak bersetuju dengan cadangan supaya pokok mempelam harumanis ditanam secara besar-besaran di negeri-negeri lain.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahmad Bakri Ali berkata, cadangan itu ditolak kerana harumanis merupakan hak eksklusif Perlis dan kebanyakan rakyat negeri Indera Kayangan menjana pendapatan dengan menanam pokok mempelam tersebut.
“Saya membantah kerana harumanis merupakan satu-satunya hak eksklusif Perlis.
“Jika nak ditanam sepokok dua tidak mengapa tetapi menanamnya secara ladang untuk dikomersialkan, kita memang tidak setuju,” katanya selepas pelancaran Fiesta Mangga @ Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Ulu Pauh dan Pelepasan Konvoi Kembara Harumanis Perlis ke Putrajaya dan Klang di Medan Gerai GBBS Ulu Pauh, Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun di sini semalam.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hanya Perlis boleh tanam harumanis
Anda sekarang membaca artikel Hanya Perlis boleh tanam harumanis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/hanya-perlis-boleh-tanam-harumanis.html