TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta

TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta
link : TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta

Baca juga


TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta

Image result for facebook hq

sumber: kosmo

BRUSSELS, Belgium – Suruhanjaya Eropah (EC) mendenda Facebook €110 juta (RM529 juta) semalam kerana memberikan maklumat mengelirukan semasa siasatan EC mengenai pembelian aplikasi mesej, WhatsApp oleh laman jaringan sosial berkenaan pada tahun 2014.

Suruhanjaya itu berkata, Facebook menafikan bahawa akaun Facebook dan WhatsApp milik pengguna akan bersambung secara automatik walaupun syarikat itu sedar perkara tersebut boleh berlaku.

EC memberitahu, denda itu dikenakan kerana Facebook memberikan maklumat tidak tepat dan mengelirukan tetapi hukuman itu tidak memberikan sebarang kesan terhadap pengambilalihan WhatsApp.

“Keputusan hari ini (semalam) memberi isyarat jelas kepada syarikat-syarikat bahawa mereka perlu mematuhi semua peraturan penggabu­ngan yang ditetapkan Kesatuan Eropah(EU) termasuk keperluan untuk membekalkan maklumat yang tepat,” kata Pesuruhjaya Dasar Persaingan EU, Margrethe Vestager.

Dalam reaksi terhadap keputusan EC, Facebook menyatakan bahawa pihaknya berniat baik semasa berinteraksi de­ngan suruhanjaya berkenaan.

“Kesilapan yang kami lakukan sewaktu pemfailan pada tahun 2014 tidak disengajakan dan suruhanjaya EU berkenaan mengesahkan bahawa kesilapan ini tidak memberi kesan terhadap penggabungan tersebut,” kata seorang jurucakap Facebook.

Denda yang dikenakan oleh EC adalah yang pertama ke atas sebuah syarikat media sosial sejak undang-undang penggabungan diper­kenalkan pada tahun 2004.

Pada awal minggu ini, Suruhanjaya Kebebasan Maklumat Kebangsaan Perancis me­ngenakan denda €150,000 (RM722,000) terhadap Facebook kerana mencabuli Akta Perlindungan Data. – dpa/Agensi

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta

Sekianlah artikel TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERKINI! Facebook kena denda dengan EU denda sebanyak RM529 juta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/terkini-facebook-kena-denda-dengan-eu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :