Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan

Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan
link : Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan

Baca juga


Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan

DILANTIK menjadi duta belia Transformasi Nasional (TN50), Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa berharap agar dirinya tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

Kata penerima Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu, perlantikannya haruslah dipandang dari sudut yang lebih meluas.

Dia yang dinamakan duta TN50 dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin itu berkata, dia bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya atas dasar cintakan negara dan mahu melihat Malaysia terus maju. sekaligus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Tak perlu kaitkan Lofa dengan mana-mana parti politik kerana apa yang dilakukan untuk TN50 adalah soal tanggungjawab sosial Lofa sebagai belia yang cinta dan sayangkan negara,” kata wanita yang membahasakan dirinya sebagai Lofa itu, seperti yang dilaporkan oleh BH Online.

Oleh kerana jumlah penglibatan wanita dalam bidang perniagaan agak kurang, Lofa berkata dia mempunyai banyak idea untuk diusulkan bagi meningkat mutu hidup kaum hawa di negara ini, selain daripada isu pendidikan.

Katanya, dua elemen berkenaan penting dalam pembangunan sesebuah negara. “Lofa mahu menggalakkan lebih ramai golongan wanita berani menceburi bidang perniagaan atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi majikan kepada diri sendiri.

Lofa dapat lihat, jumlah wanita yang menceburi bidang bisnes sangat kurang. “Selain itu, Lofa juga mahu mengetengahkan idea pendidikan tanpa sempadan. Jadikan sistem pendidikan kita lebih menyeluruh dan holistik dari segi teori serta praktikal,” katanya yang turut memenangi trofi Artis Berpengaruh Di Laman Sosial pada ABPBH edisi ke-30 baru-baru ini.

Turut dilantik sebagai duta belia baharu TN50 ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Arthur Joseph Kurup; penggiat seni muzik Iban di Sarawak, Gabriel Fairuz Louis; Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Izhar Ariff; Pengurus Eksekutif (Operasi) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha; serta Pengasas dan Pengarah Urusan JuaraGym, Ben Uzair.-MYNEWSHUB.CC

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan

Sekianlah artikel Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jadi Duta TN50, Neelofa Tak Mahu Diri Dipolitikkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jadi-duta-tn50-neelofa-tak-mahu-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :