link : Kanak-kanak empat tahun cedera ditembak bapa
Kanak-kanak empat tahun cedera ditembak bapa
KOTA MARUDU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera pada bahagian badan akibat ditembak bapanya dipercayai menggunakan senjata 'bakakuk' di Kampung Muhang di sini petang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, suspek yang memegang senjata api terbabit dikatakan telah terlepas tembakan lalu terkena anaknya yang sedang bermain di halaman rumah.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, selepas insiden tersebut suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai petani itu lari menghilangkan diri.
"Bagaimanapun, pasukan polis berjaya menahan suspek pada pukul 9.30 malam tadi di kawasan berhampiran.
"Siasatan lanjut masih dijalankan memandangkan barang kes tiada bersama ketika suspek ditahan pihak polis," katanya hari ini.
Dimaklumkan, mangsa kini dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Kes siasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan 8 Akta Senjata 1960. - K! ONLINE
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kanak-kanak empat tahun cedera ditembak bapa
Sekianlah artikel Kanak-kanak empat tahun cedera ditembak bapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak empat tahun cedera ditembak bapa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kanak-kanak-empat-tahun-cedera-ditembak.html