Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat

Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat
link : Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat

Baca juga


Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat

Kredit Foto FB Salfian Nawawi
KUCHING: Polis Sarawak memperketatkan tahap kawalan keselamatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dengan memeriksa setiap kenderaan yang memasuki pintu utama pagi ini.

Ianya berikutan desas desus yang mengatakan beberapa pihak dari parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan mengadakan bantahan ekoran perlucutan kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon Jumaat lepas.

Perlucutan kelayakan ADUN berkenaan diumumkan oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dimana 70 anggota ADUN telah menyokong usul tersebut.

Usul perlucutan itu dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Datuk Sri Wong Soon Koh yang mendakwa Dr Ting hilang kelayakan sebagai ADUN kerana memperolehi kewarganegaraan Australia, berdaftar sebagai pengundi di negara itu dan berikrar taat setia kepada negara di luar persekutuan Malaysia.

Wong yang juga ADUN Bawang Assan berkata, berdasarkan perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

Sementara itu, pada Sabtu lalu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak sekiranya pihak terbabit melakukan perkara melanggar undang-undang di luar Kompleks Dewan Undangan Negeri.-Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat

Sekianlah artikel Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kawalan Keselamatan DUN Sarawak Diperketat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kawalan-keselamatan-dun-sarawak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :