link : Kementerian Tiada Kuasa Pantau Sekolah Tahfiz Swasta
Kementerian Tiada Kuasa Pantau Sekolah Tahfiz Swasta
JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kuasa untuk memantau perjalanan atau operasi sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan pihaknya di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sekolah tahfiz swasta tertakluk di bawah bidang kuasa kepada Majlis Agama Negeri kerana kebanyakan institusi berkenaan berdaftar dengan agensi itu di setiap negeri.
Katanya, apa yang boleh dilakukan daripada kementerian hanya membuat pertemuan dan memberikan nasihat kepada institusi berkenaan.
"Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kuasa menjalankan pemantauan ke atas sekolah tahfiz kerana mereka tidak berdaftar dengan kementerian.
"Macam mana kita nak ambil tindakan jika mereka mempunyai (berdaftar) bawah pihak lain, gaji mereka (tenaga pengajar sekolah tahfiz) di bayar kerajaan negeri, kita tidak ada kuasa campur tangan dalam urusan operasi mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Festival Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Semalam, dalam satu laporan akhbar tempatan melaporkan seorang datuk kesal apabila cucunya berusia 11 tahun didakwa dirotan di tapak kaki menggunakan getah paip di sebuah sekolah agama di Batang Kali, Selangor.
Mangsa dikatakan mula bersekolah di sekolah itu sejak Januari lalu dan kejadian bermula sekitar Februari apabila guru dari Indonesia itu mengajar di sekolah terbabit.
Sehubungan itu datuk mangsa meminta Kementerian Pendidikan memantau guru sekolah tahfiz di negara ini berikutan didapati tiada prosedur operasi standard (SOP) terhadap kelayakan guru di sekolah agama terbabit. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kementerian Tiada Kuasa Pantau Sekolah Tahfiz Swasta
Sekianlah artikel Kementerian Tiada Kuasa Pantau Sekolah Tahfiz Swasta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian Tiada Kuasa Pantau Sekolah Tahfiz Swasta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kementerian-tiada-kuasa-pantau-sekolah.html