Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti

Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti
link : Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti

Baca juga


Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) mencadangkan pentadbir hospital supaya memberikan petugas perubatan "dalam panggilan" (on call) diberi cuti sepenuhnya selepas tugas (post call off) untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Presiden I-Medik, Prof Dr Azmi Mohd Nor, berkata bagi hospital yang tidak mampu berbuat demikian berikutan kekurangan pegawai perubatan, mereka perlu memberi insentif seperti elaun khas kepada pegawai terbabit.

"Pegawai perubatan yang terpaksa berkhidmat lebih waktu bekerja akan terdedah kepada perkara yang tidak diingini, kita nasihatkan mereka gunakan kemudahan pengangkutan awam setelah tamat tugasan.

"Pegawai terbabit juga boleh hubungi keluarga atau rakan untuk menjemput mereka pulang jika berasa keletihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Dr Azmi berkata doktor dalam panggilan perlu menggunakan sepenuhnya kemudahan rehat di bilik khas pegawai perubatan bagi mendapatkan rehat yang secukupnya. 

"Mereka perlu mengamalkan konsep tidur sebentar (napping) sebelum memulakan atau ketika perjalanan pulang.

"Kajian juga membuktikan tidur dari 15 minit hingga 20 minit di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) dapat mengurangkan kadar kemalangan," katanya.

Dr Azmi menyuarakan beberapa cadangan berkenaan berikutan beberapa kes kemalangan membabitkan petugas perubatan atas panggilan termasuk pakar bius Hospital Sungai Buloh, Dr Afifah Mohd Ghazi dan pelajar tahun 3 sarjana (pakar) kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Dr Nurul Huda Ahmad yang maut, masing-masing pada 9 Mei lalu dan 8 Julai 2015. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti

Sekianlah artikel Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Petugas Perubatan 'On Call' Perlu Diberi Cuti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/petugas-perubatan-on-call-perlu-diberi.html

Subscribe to receive free email updates: