Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM

Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM
link : Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM

Baca juga


Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM


RIYADH: Malaysia menyertai lebih 50 negara Islam di Sidang Kemuncak Riyadh pada Ahad untuk memberi isyarat kepada dunia bahawa mereka bersatu dalam menghapus terrorisme.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia perlu diingatkan bahawa para pemimpin Islam yang menghadiri mesyuarat itu mengutuk sepenuhnya terrorisme dan dasar pelampau ganas.

"Dunia tidak perlu ragu bahawa kita berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa dalam perang menghapus kedurjanaan ini," katanya pada perhimpunan itu yang turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Sidang Kemuncak Arab-Islam-AS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdulaziz, yang diberi nama sempena raja Saudi pertama.

Ketika mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, atas inisiatifnya menjadi hos kemuncak itu, Najib berkata perhimpunan itu telah menghantar isyarat kepada masyarakat dunia tentang usaha bersatu negara-negara Islam dalam menentang terrorisme.

Bagaimanapun, Najib mengingatkan bahawa mesyuarat yang diadakan di rantau Timur Tengah tentang ketidakstabilan sekarang di rantau berkenaan, menimbulkan perhatian berat kepada mereka.

"Rantau yang tidak stabil menjadi tapak subur untuk terrorisme berkembang," kata Najib.

Menyasarkan perhatiannya kepada Iran, Najib berkata beliau sedar bahawa wujud kepercayaan meluas di rantau berkenaan bahawa Iran menyumbang kepada ketidakstabilan rantau berkenaan.

Ketika Malaysia menikmati dan menghargai hubungan baik dengan negara-negara rantau itu, beliau berkata Malaysia berpendapat Iran harus mengelakkan sebarang tindakan yang boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan dalaman jiran-jirannya.

"Ini bukan sahaja untuk kestabilan rantau itu tetapi juga untuk perpaduan ummah," kata beliau.

Ketika menarik perhatian terhadap soal terrorisme, perdana menteri berkata perang menentang terrorisme bukan saja bersifat ketenteraan tetapi juga memenangi hati dan fikiran.

Bagi tujuan ini, Najib berkata naratif berwibawa perlu disebarkan, di mana Islam dan kemodenan seiring, kemajuan material dan kepatuhan kepada agama selari, dan pengetahun agama dan persoalan saintifik berkaitan antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, kita perlu menekan dan menguatkuasakan kisah kita supaya Islam yang sebenar diketahui di seluruh dunia, dan pada masa sama kita selaraskan usaha menghapuskan Daesh dan sekutunya di mana kehadiran mereka dirasai," katanya.

Najib juga berkongsi dengan perwakilan bahawa Kuala Lumpur tidak menghentikan usaha memerangi penyebaran radikalisasi menerusi pengenalan konsep 'wasatiyyah' (kesederhanaan) dan kewujudan Pergerakan Kesederhanaan Global.

Bagi menguatkan hujahnya mengenai isu itu, Najib berkata program deradikalisasi Malaysia mencatatkan kejayaan 95 peratus dalam memulihkan bekas golongan ekstremis.

Beliau juga berkata Malaysia dan Amerika Syarikat bekerjasama menubuhkan Divisyen Komunikasi Strategik Digital untuk menangani mesej negatif terrorisme.

Memberi contoh inisiatif lain yang diambil Malaysia, Najib berkata negara bekerjasama dengan Australia untuk menyekat aliran dana kepada kumpulan pengganas; dengan UK dan Perancis dalam tujuh perkara termasuk terrorisme siber.

Katanya, lawatan negara oleh Raja Salman ke Malaysia baru-baru ini menghasilkan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Kuala Lumpur, kolaborasi bersejarah antara dua negara untuk menangani terrorisme.

Beliau berkata pusat itu dijadualkan beroperasi bulan depan sambil menambah Kuala Lumpur bersedia berkongsi kepakaran dalam menangani ekstremisme dan terrorisme.

Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Trump kerana mendekati dunia Islam dalam perang menetang terrorisme global.

Trump, dalam ucapannya di sidang itu, antara lain menggesa dunia Islam agar menerajui usaha memerangi radikalisme.

"Hapuskan mereka dari dunia ini," kata beliau.

-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM

Sekianlah artikel Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kemuncak Riyadh Isyarat Negara-Negara Islam Bersatu Menghapus Terrorisme - PM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kemuncak-riyadh-isyarat-negara-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :